Posts

6 Janji Allah kepada Golongan yang suka BERSEDEKAH

Image
Salah satu amalan yang paling mulia namun mudah dilakukan oleh umat islam adalah dengan bersedekah. Tidak kira sekecil mana jumlahnya, ia tetap bernilai besar disisi Allah SWT lebih-lebih lagi apabila amalan tersebut dilakukan dengan niat ikhlas semata mata kerana-Nya. Terdapat 6 janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah  1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah. Rasulullah SAW, beliau bersabda : "Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api " (Hadis Riwayat Tirmidzi)  2. Dapat berteduh di hari kiamat. "Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ianya akan menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya " (Hadis Riwayat Bukhari)  3. Harta tidak akan berkurang , malah semakin bertambah  "Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf, pasti Allah akan tambah kebaikan baginya" (Hadis Riwayat Muslim) 4. Dapat membebaskannya daripada s...

Festival Seni dan Budaya Warisan Johor🎆🎇

Image
Festival seni dan budaya ini bertujuan untuk memartabatkan seni dan budaya warisan negeri Johor sendiri. Program-program kebudayaan seperti ini juga tertumpu kepada semua lapisan masyarakat terutama generasi muda. Hal ini kerana secara realitinya, generasi muda masa kini semakin lama semakin tidak endah akan seni warisan negeri sendiri. Oleh sebab itu, kita perlu menambahkan lagi program-program seperti ini demi untuk mengekalkan seni ini daripada ianya ditelan zaman. Festival kesenian dan kebudayaan ini mempunyai pelbagai cabang iaitu seni khat, seni tarian zapin dan kompang.

LOKASI KOPERASI TAHFIZ PENGERANG 📍

Image
Beroperasi seperti biasa,  107-1, Jalan kempas 1, Taman Desaru  Utama, Bandar Penawar 81930 Kota Tinggi Johor.  107, Jalan Kempas 1 https://maps.app.goo.gl/JUUcCn4775Q7CKJB7  

🕌AMALAN BERSEDEKAH🕌

Image
Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian. Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

AMALAN SEDEKAH

Rasulullah bersabda "Ada tiga golongan aku berani bersumpah untuknya, tidaklah kurang harta kerana bersedekah dan tidaklah menambah bagi seorang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang bertawadhu' iaitu rendah hati melainkan akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT" (Hadis Riwayat Tidmidzi)