6 Janji Allah kepada Golongan yang suka BERSEDEKAH

Salah satu amalan yang paling mulia namun mudah dilakukan oleh umat islam adalah dengan bersedekah. Tidak kira sekecil mana jumlahnya, ia tetap bernilai besar disisi Allah SWT lebih-lebih lagi apabila amalan tersebut dilakukan dengan niat ikhlas semata mata kerana-Nya.

Terdapat 6 janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah 

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah.

Rasulullah SAW, beliau bersabda : "Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api " (Hadis Riwayat Tirmidzi) 

2. Dapat berteduh di hari kiamat.

"Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ianya akan menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya " (Hadis Riwayat Bukhari) 

3. Harta tidak akan berkurang , malah semakin bertambah 

"Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf, pasti Allah akan tambah kebaikan baginya" (Hadis Riwayat Muslim)

4. Dapat membebaskannya daripada seksa kubur 

"Sedekah akan memadamkan api seksaan di dalam kubur " (Hadis Riwayat Ath Thabrani) 

5. Terdapat pintu syurga hanya untuk orang yang bersedekah

"Orang yang menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga : Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad , jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah " ( Hadis Riwayar Bukhari dan Muslim)

6. Dapat menjauhkan diri daripada api neraka

Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak mempunyainya, maka boleh bersedekah dengan kalimah thayyibah" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Jangan tunggu kaya untuk bersedekah, sebaliknya bersedekahlah untuk membuka pintu rezeki dan harta. 


Comments

Popular posts from this blog

🕌AMALAN BERSEDEKAH🕌