6 Janji Allah kepada Golongan yang suka BERSEDEKAH
Salah satu amalan yang paling mulia namun mudah dilakukan oleh umat islam adalah dengan bersedekah. Tidak kira sekecil mana jumlahnya, ia tetap bernilai besar disisi Allah SWT lebih-lebih lagi apabila amalan tersebut dilakukan dengan niat ikhlas semata mata kerana-Nya. Terdapat 6 janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah 1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah. Rasulullah SAW, beliau bersabda : "Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api " (Hadis Riwayat Tirmidzi) 2. Dapat berteduh di hari kiamat. "Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ianya akan menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya " (Hadis Riwayat Bukhari) 3. Harta tidak akan berkurang , malah semakin bertambah "Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf, pasti Allah akan tambah kebaikan baginya" (Hadis Riwayat Muslim) 4. Dapat membebaskannya daripada s...